Shamsul
Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan
satu identiti nasional dalam kalangan
kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah
unit politik.Noriati
A.Rashid (2010) menyatakan integrasi
nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza
dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang
mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada
penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan
pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara.
Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin,
iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau
spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya
berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan
kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak,
satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul
Kenegaraan, 2011: 179-180).
Jawatankuasa
Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk
kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam
Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah
dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
0 comments:
Post a Comment