Kerajaan
Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam
komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:
- Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995
- Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
- Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 pada 10 November 2000.
Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:
Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:
- Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
- Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.
- Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri.
- Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.
0 comments:
Post a Comment